Sunday, December 18, 2011

“ E- Portfolio ( Learning and Development E-Portfolio )”


Penulisan Artikel:

Tajuk:  “ E- Portfolio ( Learning and Development E-Portfolio )”

Desediakan oleh :    Zabri Bin Zainol Abidin  ( S-PM 0321/11)

Apakah  itu e-portfolio?
            E-portfolio atau portfolio elektronik merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM). E-portfolio merupakan satu koleksi artifak dari koleksi peribadi ataupun organisasi dengan tujuan yang tertentu dan disimpan secara elektronik yang dikendalikan oleh individu ataupun organisasi.E-portfolio juga dapat digunakan bagi menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Berdasarkan tugasan yang dilakukan ,e-portfolio sangat berguna kepada pelajar untuk menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari. Justeru itu,   e-portfolio bolehlah dikatakan sebagai buku elektronik peribadi kepada mereka yang membangunkanya. Misalnya untuk pengajar, e-portfolio boleh digunakan sebagai medium pengajaran. Manakala bagi pelajar , e-portfolio boleh digunakan sebagai tempat untuk menyimpan segala bahan pembelajaran.
 Menurut kajian yang dilakukan oleh FuturEd sejak tahun 1996 , e-portfolio berkaitan rapat dengan:
·         Pembangunan Sumber Manusia  dan Pengurusan Modal Insan iaitu sebagai cara-cara mengenal pasti dan menguruskan manusia.
·         pembelajaran sepanjang hayat sebagai kaedah mengesan dan mengiktiraf pembelajaran berterusan, sebagai insentif kepada keperluan pembelajaran sepanjang hayat
·         pendidikan dan latihan di semua peringkat (K-12, PSE dan tempat kerja) - sebagai alat mengajar (refleksi sebagai asas untuk pembelajaran), sebagai alat pengurusan pembelajaran (contohnya, pembelajaran berasaskan projek) dan sebagai satu bentuk alternatif pembelajaran secara taksiran.
·         eLearning - sebagai jenis Pengurusan Pengetahuan, sebahagian daripada Sistem Maklumat Pelajar dan potensi satu bentuk "Objek Pembelajaran boleh guna" repositori.
·         organisasi pembelajaran - sebagai satu cara untuk menjejaki dan membangunkan modal insan dan membantu pembangunan profesional pekerja dalam organisasi pelbagai sektor.
·         pembangunan ekonomi masyarakat - sebagai inventori aset modal insan masyarakat kolektif.
·         sistem pembelajaran masa depan yang kurang bergantung kepada kelayakan dan lebih kepada kecekapan dan ePortfolio sistem "pengeluar" dan "pengguna" untuk meningkatkan pulangan ke atas pelaburan untuk pengguna.

Definisi E-Portfolio
Terdapat beberapa definisi e-portfolio yang boleh diberikan. Antaranya ialah:-
1.         Vavrus (1990) mendefinisikan portfolio sebagai “satu koleksi bukti” yang tersusun dan sistematik oleh guru dan pelajar untuk memantau pertumbuhan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar.
2.         Donrat et. al (1995), menyatakan bahawa portfolio menyediakan satu dokumen yang sahih dan bermakna tentang kebolehan pelajar.
3.         Artet dan Spandel (1992), portfolio merupakan satu koleksi kerja para pelajar yang mempunyai hala tuju yang menceritakan tentang usaha, kemajuan dan pencapaian dalam satu bidang yang ditentukan.
4.         Menurut Barret (2000), Portfolio elektronik menggunakan teknologi digital yang membolehkan pembangun portfolio mengumpul dan menyusun artifak portfolio dengan menggunakan pelbagai kaedah media seperti audio, video, grafik dan lain-lain.
5.         National Learning Infrastructure Initiative (USA) (2003) menyatakan e-portfolio sebagai: “a collection of authentic and diverse evidence, drawn from a larger archive representing what a person or organization has learned over time on which the person or organization has reflected, and designed for presentation to one or more audiences for a particular rhetorical purpose”
6.         EIfEL menyatakan e-portfolio sebagai: "e-Portfolios are web-based and usually consist of a yearly and cumulative record of teaching activities and results." .. An            e-Portfolio is a personal digital collection of information describing and illustrating a person’s learning, career, experience and achievements. e-Portfolios are privately owned and the owner has complete control over who has access to what and when... "
7.         elearnspace menyatakan e-portfolio sebagai: "Regardless of the format selected, each e-portfolio effort should encourage learners to develop the skills to continue building their own personal portfolio as a life-long learning tool."

Manakala  Dr. K. Chang Barker  (  www.FuturEd.com )  mengatakan bahawa
 “ An e Portfolio is an electronic portfolio of acquired learning – knowledge, skills and abilities acquired through formal, non-formal, informal, accidental and incidental learning. The e Portfolio is currently defined as “a collection of authentic and diverse evidence, drawn from a larger archive representing what a person or organization has learned over time on which the person or organization has reflected, and designed for presentation to one or more audiences for a particular rhetorical purpose” (National Learning Infrastructure Initiative, 2003). The term e Portfolio, then, is shorthand for two items – the digital archive and the presentation drawn from if for different purposes. One of those purposes may be the assessment of learning, e.g., assessment of student achievement by teachers and/or self-assessment of progress and changes in Knowledge, Skills and Abilities (KSA)”
            Melihat definisi yang diberikan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya e-portfolio pada zaman sains dan teknologi ini. Pelajar dapat menggunakan medium ini untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan media yang sangat fleksibel seperti blog , web dan lain-lain media elektronik.
Kelebihan Menggunakan E-Portfolio
Dalam membangunkan sesuatu laman seperti e-portfolio , sudah tentu memberi beberapa kelebihan kepada kita berbanding dengan menggunakan medium cetakan. Seperti kita sedia maklum , e-portfolio menyimpan segala bentuk bahan yang berbentuk peribadi ataupun bahan akademik yang boleh dikongsi oleh semua orang. Justeru itu, e-portfolio memberi beberapa klebihan kepada pembinanya. Antaranya ialah:-
  a )      E-portfolio dapat mengumpul dan menyusun dokumen dan artifak-artifak yang menunjukkan perkembangan diri dan kerjaya seseorang terutamanya apabila tiba masa untuk kenaikan pangkat. Resume sesorang boleh dinyatakan dalam e-portfolio jika sesorang itu ingin mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakanya. Sesiapa sahaja dapat memasuki laman e-portfolio sesorang itu dan melihat tentang latar belakang dan hasilan kerja melalui e-portfolio yang dibangunkan.
b )        E-portfolio dapat menggalakkan individu untuk lebih bertanggungjawab dengan tugas melalui demonstrasi bukti-bukti pengajaran dan perkembangan kerjaya. Dengan adanya e-portfolio , seseorang itu dapat menghasilkan tunjuk cara bagaimana hasilan kerja itu diperolehi tanpa mengambil idea daripada pihak lain. Hal ini, dengan menunjukkan bukti-bukti yang benar dengan melampirkan sijil-sijil atau bahan yang meyakinkan pihak lain.
c )        E-portfolio dapat memudahkan capaian dokumen dan artifak-artifak apabila diperlukan.E-portfolio membolehkan perkongsian pengalaman dan teknik bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Dengan adanya e-portfolio , kita dapat mencapai laman web yang kita ingini dengan pantas dan berkesan. Apabila membina laman e-portfolio , kita boleh menghubungkan terus alamat-alamat yang kita ingini. Hal ini memudahkan kita mencapai arau mencari dokumen yang penting dengan pantas. Malah kita dapat berkongsi dengan rakan-rakan serta orang yang kita tidak kenali jika mereka mengakses laman e-portfolio yang kita bangunkan.
d )        E-portfolio merupakan antara kaedah bagi pengurusan pengetahuan (knowledge management) yang sistematik. Untuk menjadikan maklumat yang kita kumpul lebih sistematik , maka penggunaan e-portfolio sangat penting. Bahan yang kita hasilkan , jika dicetak sahaja akan hilang atau tidak tersusun secara rapi. Justeru itu ,penggunaan e-portfolio memudahkan seseorang itu menyusun maklumat yang dihasilkan. Malah maklumat-maklumat yang dihasilkan beberapa tahun lalu dapat lagi disimpan melalui   e-portfolio.
           
 Menurut  Attwell, G. (2005b) , There are seven different functions for an ePortfolio, all of which can be mapped against different pedagogic processes:
Seven Functions of portfolios
  1. The first is recognizing learning. Learners frequently lack the skills to recognize their own learning, especially on-going learning which does not necessarily lead to formal outcomes.
  2. The second is recording learning. What should be recorded in a portfolio?
    An ePortfolio will contain records of formal achievements but possibly more important ongoing learning from home and work as well as formal education and training. Peer group interaction may be the most powerful means of recording non-formal learning. ePortfolios should allow individuals to build and present a profile or picture of themselves and should allow people to record their learning and achievement from the home, form school or college and from work.
  3. The third is reflecting on learning. In terms of e-portfolios it is probably the least developed. Reflection has generally been seen as a process of commentary by the subject on any aspect of themselves (Wilson, 2005). The commentary may be private, shared, or public. Examples include journals and more recently web logs.
  4. The fourth is validating learning. Validating is the processes of proving – to oneself and to others – learning has taken place– including the abilities and competences identified and recorded. Validation takes place through evidencing verification. Evidence is provided by the learner to attest to their own achievement and may be in different forms and media - for instance a picture of a chair they have made or the url of a web site they have designed. Verification is externally sourced evidence of claimed achievement - for example a letter from a team leader verifying as to performance during a work placement.
    Validation is not the same as assessing and accrediting. Validation is referenced against the abilities and competences identified by the learner – not those of an external occupational profile or qualification.
  5. The fifth is presenting learning. Presenting offers an opportunity to select artifacts from the portfolio to tell a story or make a point. Presentation involves the processes of structuring, visualising, narrating and re-purposing (Wilson, 2005). ePortfolios should allow individuals to present their learning for different purposes and should be owned by the learner and independent of institutions
  6. The sixth is planning learning. Planning is a form of reflection - looking back and looking forwards. What have I achieved and what do I want to achieve?
  7. The seventh is assessing learning. Assessing is an external process, not under the control of the learner. Assessing is external judgment of the value of a set of artifacts presented by the learner.





 Kepentingan E-portfolio
Kebiasaanya e-portfolio dibina kerana memberi kepentingan kepada kita. Justeru itu, e-portfolio memberikan beberapa kepentingan kepada mereka yang menggunakanya. Antara kepentingan e-portfolio kepada kita ialah:-
a ) e-portfolio merupakan cermin diri  sebagai orang yang membinanya.  Ia memberi refleksi tentang pembelajaran kita , tentang perkara-perkara yang kita kuasai dalam bidang-bidang tertentu. Banyak maklumat berkaitan dengan pengalaman dapat dijadikan panduan kepada orang lain yang membaca dan inginkan panduan melalui e-portfolio.
b ) Seterusnya , e-portfolio dapat membina perkembangan bakat pelajar. Dengan adanya e-portfolio , pelajar dapat merancang dan memperkembangkan potensi yang terdapat dalam diri mereka. Hal ini menjadikan e-portfoio sangat penting dewasa ini kepada pelajar.
c ) Selain itu , e-portfolio dapat menjadikan sumber rujukan pelajar pada masa akan datang. Portfolio merupakan alat perbandingan bagi membina analisis di masa depan. Dengan itu , e-portfolio sangat berguna kepada kita yang membaagunkanya. Guru juga boleh mengekploitasi usaha dan kebolehan pelajar melalui e-portfolio secara optimum.

Jenis-Jenis E-portfolio
Terdapat pelbagai jenis e-portfolio yang boleh dihasilkan untuk kegunaan peribadi ataupun organisasi adalah seperti berikut;
1.         Portfolio Pembangunan: menunjukkan kemajuan dan pembangunan kemahiran pelajar dalam tempoh masa. Portfolio Pembangunan dianggap kerja-kerja dalam pelaksanaan dan termasuk kedua-dua penilaian kendiri dan unsur-unsur refleksi / maklum balas. Tujuan utama adalah untuk menyediakan komunikasi antara pelajar dan fakulti.
2.         Penilaian Portfolio: menunjukkan kecekapan pelajar dan kemahiran untuk kawasan-kawasan yang jelas. Ini mungkin akhir kursus atau penilaian program terutamanya untuk menilai prestasi pelajar. Tujuan utama adalah untuk menilai kompetensi pelajar sebagaimana yang ditakrifkan oleh standard dan hasil program.
3.         Portfolio Showcase: menunjukkan kerja teladan dan kemahiran pelajar. Jenis ini portfolio yang diwujudkan pada akhir program untuk menyerlahkan kualiti kerja pelajar. Pelajar akan menunjukan portfolio jenis ini kepada majikan yang berpotensi untuk menilai kompentensi untuk mendapat pekerjaan di akhir prorgram pengajian.
4.         Hibrid / Campuran: Kebanyakan portfolio adalah campuran tiga jenis portfolio yang disenaraikan di atas. Jarang sekali kita akan menemui satu portfolio yang  digunakan untuk tujuan penilaian, pembangunan atau pameran. Kadang-kadang, anda boleh mencari portfolio pameran yang tidak menunjukkan bukti pemikiran diri, rubrics untuk penilaian atau maklum balas, walau bagaimanapun, sebagai Helen Barrett, seorang pakar dalam bidang e-portfolio, akan berkata  "a portfolio without standards, goals and/or reflection is just a fancy resume, not an electronic portfolio.

Apakah Yang Perlu Ada Dalam E-Portfolio
Dalam membangunkan e-portfolio , antara elemen yang perlu dimasukan ialah:
1.         Maklumat Pelajar: nama, maklumat kenalan, utama, tamat pengajian tarikh, dan lain-lain.
2.         Jadual Kandungan: atau pelbagai cara untuk memaparkan pautan kepada kandungan portfolio.
3.         Matlamat Pelajar
4.         Kurikulum standard dan / atau kriteria: digunakan untuk menyelaraskan kandungan portfolio kurikulum institusi, jabatan atau kursus (sering dicapai oleh rubrics).
5.         Rubrics: boleh digunakan untuk menilai kerja pelajar. Rubrik A skala kriteria penarafan, yang menyediakan pengajar dengan alat untuk memantau prestasi pelajar. Mereka juga memaklumkan pelajar jangkaan kursus / jabatan / institusi.
6.         Garis Panduan: digunakan untuk memilih artifak yang sesuai untuk menyimpan koleksi daripada tumbuh tidak berdisiplin.
7.         Artifak: contoh kerja pelajar termasuk dokumen, imej, video, audio, dan lain-lain (boleh dipilih oleh pelajar, pengajar atau kedua-duanya).
8.         Maklumbalas / Refleksi pelajar
9.         Keping refleksi sendiri: portfolio tanpa pantulan hanya persembahan multimedia atau resume elektronik.


Kesimpulan
Perkembangan teknologi ICT terutamanya teknologi Internet telah memangkinkan penggunaan e-portfolio. Ianya mula mendapat tempat dalam bidang pendidikan pada permulaan abad ke 21. E-portfolio ini dibina khusus untuk memaparkan maklumat berkaitan penggunaanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kewujudan e-portfolio ini bukan sahaja untuk kegunaan pelajar ,malah syarikat korporat juga dapat memanfaatkan kewujudanya.  E-portfolio dapat menyimpan data yang telah lalu. Bahan-bahan ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada orang ramai. Proses membangunkan e-portfolio juga perlu diperjelaskan kepada pelajar dan orang ramai agar ia tidak menyimpang dari matlamat dan tujuan asalnya. Dengan ini, jelaslah kewujudan e-portfolio pada masa kini dapat menyumbang banyak kebaikan kepada kehidupan manusia.

Rujukan / References:

Attwell, G. (2005b) Portfolios, social software and non formal learning, Wales Wide Web, http://www.knownet.com/writing/weblogs/Graham_Attwell/entries/3353848746, accessed 20 September 2005

Barret, H., Carney, J. (2005) Conflicting Paradigms and Competing Purposes in Electronic Portfolio Development, http://electronicportfolios.org/portfolios/LEAJournal-BarrettCarney.pdf, accessed 20 September 2005

George Seimens ( 2004 ),elearnspace.Eportfolios ,              http://www.elearnspace .org/Articles/eportfolios.htm

International Information and Communication Technologies (ICT) Literacy Panel, 2002 Digital transformation: A framework for ICT Literacy. Educational Testing Services (ETS), Princeton, NJ: http://www.ets.org/research/ictliteracy/ictreport.pdf, accessed 25 July, 2004

Wilson, S. (2005), e-Portfolios, http://www.flickr.com/photos/vanishing/sets/370240/, accessed 20 September, 2005.


  
   

1 comment:

  1. artikel yg sangat membantu bagi saya yg baru belajar mengenai e-portfolio ini.terima kasih atas perkongsian maklumat tuan

    ReplyDelete